29 November, 2011

Sepi Sebuah Pusara..

Perlahan kaki melangkah
Melepasi pagar besi separuh condong ke tanah
Pusara-pusara yang tak tersusun aturnya
Nesan-nesan yang kelihatan uzur
Ada yang kelabu kuning
Ada yang hampir ditelan bumi
Ada yang bukan ditempatnya
Ini petunjuk kuburan lama ..

Biar berapa usia pusara-pusara ini
Inilah bukti janji Tuhan
Setiap makhluk Hidup pasti akan Mati
Buka matamu yang terjaga
Biarkan akalmu berkerja
Lihatlah olehmu jiwa-jiwa yang tertanam didalam sana
Mereka dulu nyata seperti kita
Sekarang terpisah oleh ruang yang berbeza
Nasib entah kan sama ..

Aku menulis untuk aku
Aku menulis untuk kita
Aku menulis untuk semua yang sudi
Betapa kita selalu terlupa
Hidup ini pinjaman
Dunia ini sementara
Tiada lagi kesangsian
Pastinya akan pulang pada yang Abadi ..

Senyap sunyi pusara
Bererti tenangkah disana
Amalan sebelah kanan beratkah
Amalan sebelah kiri ringankah
Kadang terlupa Tuhan pasti menghitung
Yang Maha Adil telus penghakiman-Nya
Mustahil manusia-manusia keparat terlepas
Biarpun didunia dia selalu berlari bebas ..

Betapa jiwa-jiwa itu terasing
didunia sebelah sana
Terkambus dalam tanah yang sama warna
Nesan diukir bersama nama bonda dan bukan yang lain pastinya
Tiada lagi pangkatmu yang diberi manusia
Yang ada hanya bantal nesan terpacak dua
Tilam tanah yang kadang kering kadang basah
Jika beruntung, mungkin ada kelambu pohon
yang meredupi rumahmu yang sekangkang kera
Adakah itu saatnya kau akan sedar
Sepinya sebuah pusara ...

P/S: ini aku tulis selepas pulang melawat kubur arwah pakcik ..betapa perasaan berada dikuburan itu bagus..kerana kekadang aku seperti kamu..terlupa pada perjalanan yang pasti ..


*Attention*
U may share but please do not copying without permission ..tq ..

14 November, 2011

JENAZAH BERUBAH MENJADI BABI HUTAN

Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat
mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat
yang lain.
"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.

Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.
Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.
Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya.

"Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

LAA ILAAHA ILLALLAAH ....

Musa A.S: Oh Tuhan, ajarilah kami sesuatu yang dapat kami pakai untuk
berzikir dan berdo'a kepada Engkau.
Tuhan: Ucapkan, Laa Ilaaha Illlallaah hai Musa.
Musa A.S: Oh Tuhan, semua hamba-Mu telah mengucapkan kalimat itu.
Tuhan: Hai Musa, andaikan langit yang tujuh berserta seluruh penghuninya
selain Aku, dan bumi yang tujuh ditimbang dengan Laa Ilaaha Illallaah,
nescaya masih berat Laa Ilaaha Illallaah.

Kata Hikmah :
1. Kisah ini diambil dari hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu
Hibban dan Imam Al-Hakim dari Abi Sa'id Al-Khud riyyi r.a.
2. Nilai Laa Ilaaha Illallaah lebih hebat daripada langit, bumi dan seluruh
penghuninya.
3. Langit itu berpenghuni.
4. Bumi itu tujuh lapis sebagaimana langit.
5. Seutama-utama zikir adalah Laa Ilaaha Illallaah.

KISAH KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU PADA HARI TERSEBUT

Oleh kerana Bulan Muharram akan datang tak lama lagi, jadi saya nak berkongsi cerita tentang Bulan ini yang saya terbaca masa online..


Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.

Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka.

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?".
Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar,

Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura,
Allah S.W.T menjadikan laut pada hari Aasyura,
Allah S.W.T menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura,
Allah S.W.T menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura,
lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura,
Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura,
Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura,
Allah S.W.T menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura,
Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura,
Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura,
Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura,
dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya.

Suatu hari suaminya berkata: "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Siapa Jiran Nabi Musa A.S di Syurga??

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di
maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

11 November, 2011

Bila Sudah Hilang ...


Aku sebenarnya selalu mendegar berita kematian tetapi berita pakcik ku (abg sulung abah) meninggal dunia pada 09/11/11 yang lepas sgt terasa dijiwa. Aku mendapat panggilan telefon sepupuku, Min lebih kurang jam 3:00 ptg waktu itu..aku seperti tak percaya sehinggakan aku bertanya berulang kali..betulkah?betulkah?ku ingat sepupuku Min main2 je..(tapi mana mungkin hal kematian dibuat main... Bila sepupuku seorang lagi, abg Man telefon beritahu perkara yg sama barulah aku benar2 percaya..lalu baru ku telefon abahku, aku mencari2 perkataan yg sesuai kerana takut abahku terkejut..(abahku ade sakit jantung..sbb tu sepupu pn xberani bgtau sendiri)

Aku tak tunggu lama..aku terus minta izin bos ku untuk pulang. Terus aku memandu balik ke rumah..sepanjang perjalanan fikiran ku agak kurang waras..mana entah melayang.nasib baik tak langgar divider jalan kat highway shah alam.nanti tak pasal2 org kena jenguk aku pulak! ahh memang kusut time tu.aku teringat tentang arwah pakcik masa tu.memori berputar2 dalam kepala.

Sampai dirumah,kami berkemas2 barang..angah pn nk ikut jadi ambil dia dulu kat kelana jaya pastu baru pegi kuala kangsar..punyalah jam sbb lebih kurang kul 6ptg kami lum lepas KL lagi..masa tu ku lihat abahku xsenang duduk..dia nk drive walaupun banyak kali ku offer..aku faham perasaan abah..masa tu abah shoot 150-180 km/j..mmg laju...masa otw balik..aku pulak asyik teringatkn arwah pakcik ku..

aku sedikit terkilan sbb raya tahun ni mmg aku tak balik kuala sbb kena anta adikku,masuk belaja UTM..sbb 2thn berturut yg lepas aku balik walaupn sorang2..arwah pernah suruh bila next time balik tidur rumah dia pulak..tapi xberkesempatan..sebelum ni abahku selalu suruh telefon arwah pkcik ku ni..tapi aku hanya buat sekali sekala (menyesal pun tak guna kn!!)sbb masa tu aku pikir takpe..masih ada banyak masa lagi..esok pon boleh...(sekarang...esok pun dah tiada lagi..)Arwah pakcik ku mmg baik orangnya..orangnya suka tersenyum..ambil berat org lain..suka tolong orang..pemurah..kalau nak cerita banyak lagi..tapi apa gunanya kalau aku cerita sekarang..orangnya sudah pergi..(aku mula menyalahkan diri..)


Bila abah shoot 180km/j sepupuku mula tanya2 kitorang da smpai mana sbb jenazah nk dibawa ke kubur..abahku mula kurang senang..ahh banyak betul dugaan nk sampai..minyak time tu la nak abis..jalan jam..ade tereler gas slow gile kt depan..terus je kami shoot g kubur masa tu..sampai2 je org tgh baca talkin..(tak terduduk ko time tu) time tu da tecengang2 la kami kat belakang..aku tgk abah..abah terdiam..kami pun diam..org baca doa.kami tadah tangan..aku tgk abah lagi..abah duduk sorang2..aku tahu abah sedih..tak sempat tgk abangnya..

Abis doa,kami salam2 ngan sedara-mara kat situ..abahku peluk abangnya yg no.2..abah menangis seperti meraung..pertama kali ku lihat abah menangis seperti itu..aku lihat makwe (isteri pakwe,isteri arwah pakcik ku) dia seperti longlai..kakinya seperti tak bertulang..dia perlu dipapah untuk bangun dan berjalan..melihatkan makcik yg begitu aku tahu emosinya pasti terjelepok..mana kan tidak..sepanjang hayat arwah, aku tak pikir dia melayannya dgn baik..mungkin dia menyesal kerana itu..(seperi kata abahku..dia pastinya menyesal tak sudah..) tapi nak menyesal pun dah tak guna kan?! kalau buka cerita satu persatu pastinya makcik ku ni nampak buruk..tapi biarlah itu menjadi sejarah..pakcik ku dah tiada..aku harap dia dapat pengajarannya..

Semalam sebelum pulang ke rumah kami pergi melawat kubur arwah lagi..petang itu sgt damai..kawasan kubur pn redup..setelah sedekahkan AL-FATIHAH..aku seperti bercakap2 dgn kubur arwah..aku pegang pokok kecil yg ditanam.. "Pakwe, along dtg..maaf dtg lambat.." dgn xsemena2 angin kuat berhembus beberapa saat pastu keadaan tenang semula..seperti ada yang lalu disitu.. (munkin roh arwah pakcik ku ada kat situ..aku senyum..aku gembira..ahh..biarlah korang nk pikir apa pn..aku pasti roh pkcik ku tahu aku ada kat situ..dia dengar apa yg aku ckp..)

Walaupun ada kekesalan di hati aku..tapi aku berazam untuk tidak lupa mendoakan pakcik ku disini..AL-FATIHAH..Semoga dia ditempatkan di kalangan org yg beriman..Amin..

Jadi kwn2..korang hargailah masa yg korang ada ngan orang tersayang cm ibubapa..famili..sebab jgn jadi macam aku.. BILA SUDAH HILANG ...

09 November, 2011

HIKMAH BERBAKTI KEPADA KEDUA IBUBAPA

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah
ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai
manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman
sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang
bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan
angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.
Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu
sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih
yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan
ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.
Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman
menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta
pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya
dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.
"Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman
kehairanan.
"Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan.
"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi
Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai
kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan
berada di dasar lautan.
Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang
memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu
berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah
satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan
perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak
di dunia dan tidak pula di langit.
"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku
melihat sebuah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi
Sulaiman.
Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu
menjadi kagum terhadap pemuda itu.
"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya
Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.
"Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau
di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di
dalam kubah."
"Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?"
"Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan
buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang
teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."
"Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi
Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan.
"Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui
kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap
dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan
kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup
kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi
seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W
telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid
Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua
rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada
Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada
kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah
S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua
perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan
umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini
diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan
dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah
melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh
Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan
kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara
sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah
ditolak).

Aku harap jalan itu SATU ..

Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku menyerahkan jiwaku, hatiku kepada-Mu.. Tunjukkanlah hamba-Mu yang hina ini jalan yang satu..Janganlah Kau menguji hamba-Mu yang lemah ini dengan jalan-jalan yang tak mungkin mampu untuk aku hadapi..Berikanlah Petunjuk-Mu jalan yang Kau redhai..Sekiranya tiada jalan untuk ku..Tunjukkanlah jua agar aku mengerti..

Ya Allah, ku pohon sekiranya Kau membiarkan aku mencintai hamba-Mu..Biarkanlah aku mencintai hamba-Mu kerana-Mu..kerana hamba-Mu ini begitu rapuh ya Allah..serapuh cinta manusia..

Ya Allah, sekiranya Kau membiarkan hatiku mencintai manusia..biarlah cinta itu membimbingku sehingga ke syurga dan bukan ke neraka kerana jika diminta untuk membuat pilihan, aku rela memilih Tiada Cinta dari Neraka-Mu Ya Allah .. AMIN ...

08 November, 2011

Kisah Cinta & Hati




Pada suatu petang yang hening, di sebuah kedai kopi kelihatan dua sahabat lama, Hati dan Cinta sedang duduk menikmati secangkir minuman kegemaran masing-masing. Seorang menikmati kopi susu dan seorang lagi kopi ‘o’. Sedang mereka duduk bersantai tiba-tiba, Cinta bertanya, Hati..kemana kamu menghilang selama ni..tak mahukah kamu kembali ke tempat asal mu..Aku amat memerlukan mu seperti waktu dulu..” .

Hati yang seperti dapat meduga pertanyaan itu terus saja merenung Cinta dgn pandangan yg bening. Sambil menghela nafas, Hati mula berkata-kata “Wahai Cinta, tahukah kau, betapa peritnya diriku menelan kesakitan yang lalu” (dengan nada simpati Cinta bersuara) “Oh Hati aku mengerti tetapi itu bukanlah alasan untukmu menghukum diri. Cinta itu ibarat kopi yg sedang kita minum,meski ku tahu ia pahit, Kopi ‘o’ tetap menjadi kegemaranku..”

Hati terkedu lalu melihat cawan dihadapannya … Kopi Susu ..!! Hati si Hati mula berkata-kata, Adakah aku salah dalam mentafsir Cinta..Adakah salah untuk mengharapkan kemanisannya? Cinta seperti dapat membaca fikiran Hati.. “Hati, walaupun kopi susu itu pada dasarnya manis tapi tetap ada kepahitannya walaupun tersembunyi ..” Hati termenung mendengarkan kata-kata dari Cinta.

Setelah seketika, Cinta bertanya .. Hati, mahukah kau pulang bersama ku..? Aku amat memerlukanmu dalam hidupku.. Tanpamu hidupku tak bererti ..”
Hati tertunduk.. “Cinta, aku faham maksudmu itu..tetapi maafkan aku Cinta..Aku masih belum boleh kembali seperti dahulu..Tolong biarkan aku sendirian..” Hati terus berlalu dari situ.

Cinta yang kecewa mendengar jawapan Hati itu segera mengejar Hati.. (dengan nada hampir menjerit,Cinta mula meluahkan isi hatinya. “Hati….Hati…!! Segera pulang..aku akan tetap menantimu…(Cinta cuba menaburkan kesetiaannya)

Jauh disudut hati si Hati, aku dulu pernah seperti itu…

Lalu, keseoranganlah Hati & Cinta dalam meneruskan kehidupan mereka. Tidak tahu bila mereka akan berjumpa lagi kerna Hati benar-benar sangat kecewa dan sudah membuat keputusan…

“Selamat tinggal CINTA …”

p/s: ini aku tulis 2 tahun lepas..entahlah ..tiba2 je..hahaha


*Attention*
U may share but please do not copying without permission ..tq ..

04 November, 2011

~~* Bila Cemburu Bertandang *~~




Luahan hati ini sebenarnya ku tulis pada 29/09/2004,2.00AM (menurut catatan ku)..tetapi ku lupa bagaimana aku menulis ini..entah cemburu kan siapa pun aku tak pasti..haha.. (tapi bila aku baca kembali cam org bercinta adala..tp..ahh..tak mungkin la..agak kelakar bila ku baca balik..hahaha)

Psst..psst..kalau ada kawan2 yg baca jangan gelak2 ok..haha.. peace~!




~~~* Bila Cemburu Bertandang *~~~

Bila cemburu bertandang dihati,
Jiwa bagai dipalu-palu,
Resah meruntun-runtun seiring denyut nadi,
Fikiran ahh mula bercelaru ..

Bila cemburu merantai,
Hati mula berdetik bimbang,
Tertanya-tanya kedudukan diri,
Takut dilempari dari sudut ini,
Pun keliru dengan pendirian hati ..

Belum pernah terfikir,
Apakah bisa ini terjadi,
Kerana belum pernah ini mengetuk,
Hati dicuit cemburu,
Perasaan diulit resah,
Namun adakah kau ketahui ..

Bila cemburu menguasai,
Jiwaku bergelora,
Sendiku menggeletar,
Namun adakah kau sedari ..

Ku insafi diri ini,
Bila cemburu bertandang dihati,
Relaku terdampar sendiri,
Dilembah tidak berpenghuni ..



*Attention*
U may share but please do not copying without permission ..tq ..

03 November, 2011

~* GADIS SENJA *~



'Luahan Hati' ini ku buat semasa ku belasan tahun..ceritanya begini..

semasa aku bercuti bersama keluarga di Mersing, Johor..aku berjalan-jalan di pesisir pantai beseorangan..pandangan waktu itu amat mengasyikkan..langit warna jingga..angin sepoi-sepoi..burung berterbangan ..kaki ku di gigit saki-baki ombak..

Hah! ku pejamkan mata seketika sambil menikmati deru ombak yang mendamaikan jiwa.. bila ku buka saja mata ku terpandangkan seorang gadis berdiri berseorangan di celahan batu-batu besar..jauh menungnya..pandangan nya tajam melihat laut..entah mana tembusnya ..dari caranya ku lihat dia seperti sedang bersedih..mungkin aku seorang perempuan walaupun aku masih hingusan waktu itu..entah mengapa aku seperti memahami dirinya sedangkan langsung tidak ku kenali empunya diri ..sesekali ku lihat dia merenung pasir putih yang di kuis-kuis hujung jari kaki.. Ku dedikasi 'Luahan Hati' ini buat si gadis itu..ku tidak tahu namanya..oleh sebab itu ku namakan 'Gadis Senja ...'


~~~* GADIS SENJA *~~~

Tika camar berlenggang pulang,
Melayang ke langit senja,
Laut pasang ombak menghempas,
Secolek bayu mencuit dedaunan,
Pasir putih makin kelam sinarnya,
Pemburu lautan dalam kembali sauh terlabuh ..

Namun di hujung sana tiada bertepi,
Terlihat gadis tidak berteman,
Berdiri setia berlagu hiba,
Merenung gelisah ke langit senja,
Menanti siapa tak kunjung tiba,
Terukir resah bersama bayu,
Tercalit hampa lukisan hati,
Namun gadis senja tetap disitu,
Kaku setia tegak berdiri,
Sebenar ribut gelodak hati,
Melihat sinar itu pergi,
Melihat senja hampir mati,
Langkah pergi jua dia,
Terasa diri tidak diundang,
Bukan jemputan di langit malam,
Biarpun resah di simpul mati,
Hampa tetap terjulur jua,
Semakin jauh dia melangkah,
Kerna gadis senja hanya setia pada si senja ..


-Nor Aziha Shahriman-

*Attention*
U may share but please do not copying without permission ..tq ..

Mengimbau Memori Semalam ..


'Luahan Hati' selepas ini ditulis sebelum aku menduduki exam SPM..jadi perasaan sedih itu ada..kerana kebetulan aku tinggal kat asrama selama 5 tahun jadi hubungan dengan kawan2 dikira rapat..sedih sama..gembira sama..makan maggi dlm gayung pagi2 buta disebabkan lapar..haha..bila mahu diingat satu persatu tak mungkin cukup ..jadi perkara2 sperti ini membuat kami mengerti sesama sendiri..biarpun rapat bagaimana pun, kami pasti berpisah juga..kata org,setiap pertemuan pasti ada perpisahan..oleh sbb itu bila sebelum SPM bermula, perasaan aku mula berbaur..gembira, takut, gelisah..semua pun ada..

jadi untuk meluahkan isi hati, aku tuliskan Luahan Hati ini sebab mengenangkan mungkin ada nnt rakan2 yang akan ke luar negara..aku pernah hantar ini pada majalah tahunan yayasan selangor..alhamdulillah ada keluar pada edisi 2002..

aku dedikasi kan Luahan Hati ini pada kawan2 yang sama di ATPN'02 di kampung Pandan dulu..28/08/2002

~~~* WARKAH PERANTAU *~~~

Duduk-duduk begini,
teringat kampung halaman,
yang jauh ku tinggalkan ..

Kelmarin,
berpaling aku dari lembah bermakna itu,
dilepaskan kerabat bersama tali kerelaan,
tangisan milik ibu dan iringan doa dari bapa ..

Hari itu,
aku melangkah seorang,
namun laungan orang-orangku,
yang bergema di sudut harapan,
bagai baraan di Antartika ..

'biar gentar sedikit, berpatah balik tidak sekali'
kalimah itu ku curi dari bapa,
ku pikul di bahu kecil ini,
yang punya besar angan,
agar orang-orangku tersedar,
tersentak dari lamunan semalam,
terjaga dari dengkuran panjang ..

Semalam,
ku terima bingkisan rindu dari ibu,
disaluti sisa-sisa kesal,
kerana orang-orangku sudah menderhaka,
leka diulit kesenangan yang secangkir,
mudah lupa dengan gula-gula sebalang ..

Luka hati,
berdarah bernanah berkudis,
gara-gara impian menakluk bulan di balik awan,
mengharap mendungkan berarak ..

Hari ini,
baru ku genggam baraan harapan,
segulung ilmu buat orang-orangku,
merembes kekalutan di tempat orang ..

Aku akan pulang,
menyambut panggilan rindu untukku,
lambaian nyiur menanti hadirku,
bersama orang-orangku yang kepingin ilmu ..

Ini janjiku,
setiap kata ku kota,
cuma kesabaran yang ku tagih,
sampai disini,
Warkah Perantau ...


-Nor Aziha Shahriman-

*Attention*
U may share but please do not copying without permission ..tq ..  

CL0UDy Day ~~

I just wanted t0 lay 0n mybed..
hiding under a blanket..
c0vered the wh0le me c0mpleteLy..
cLosing my eyes eternally..
Like a baby in a w0mb..

Dark..SiLence.. and COLD..
it's a w0rLd i prefer~~
dat's d Music i ch0se~~

(this is nothing to do with any0ne..it came after me right after i read the news ab0ut Amy wineh0use..isn't t00 sad to end life like that..say NO to DRUGS ladies n gentlemEN..)


-Nor Aziha Shahriman-


*Attention*
U may share but please do not copying without permission ..tq ..

Mudah Lupa ...

aku mudah lupa..
bilamana kelupaan menjadi kebiasaan..
kebiasaan pula menjadi kelalaian..
jadi tolong ingatkan aku ..
sebelum kelupaan menjadi kelalaian~

Kan Dan Aku ..

Kau adalah hamba,
Aku juga adalah hamba,
Kau dan aku sifatnya sementara,
Antara kau dan aku
biarpun ada cinta,
Itu hanya pinjaman semata ..

Tirai Iraq ~!


Luahan hati ini ku tulis pada 23/01/03 ..usia ku 17 ku kira..
luahan ini ku tulis sewaktu itu AMERIKA rancak menghantar tenteranya ke Iraq..aku sgt membenci keadaan itu..tapi tiada apa yg dapat aku lakukan selain 'luahan hati' ini..

~~~* TIRAI IRAQ *~~~

Nah, Lihatlah dunia,
Betapa mudah tirai Iraq dibuka,
Malang bukan sekadar diintai,
Tapi dilempar omongan nista,
Dari ketua bertanduk dua,
dipapah kawan baik negara ratu..

Bila Amerika, England semeja,
Rusia, Perancis, China menggali jurang,
Entah kenapa pembesar suara PBB,
kurang jelas kedengaran,
mungkin ROSAK ku kira..
manalah tahu juruhebahnya bercuti,
ataupun bos besar teragak-agak mahu baiki..

tentera semut kecil sedang berarak,
bersepah laungan bantahan,
OH mungkin belum cukup lagi,
Bagai menadah hujan di padang pasir,
Bush memang bersemak,
Tambah Blair semakin berlemak,
Rakyat minta pulih ekonomi,
kasihan Bush pilih mengidam minyak,
tak serik-serik kena tempur,
biasalah Barat si bodoh sombong,
konon bangsa penyelamat dunia,
hakikat, kita sendiri tahu kebenarannya ..

Tolong, tolong, tolong,
Tirai ini dah nak tercabut,
Huluran Iraq siapa yang nak sambut,
Cepatla dunia bergabung,
Rahmat Allah S.W.T Tuhan Maha Agung,
Tutup kembali tirai Iraq ini,
Supaya Iraq tidak terus ditelanjangi ...


-Nor Aziha Shahriman-


*Attention*
U may share but please do not copying without permission ..tq ..

kEMbaLi .....


hi..da lama rasanya tak update blog..tiada cerita menarik untuk dikongsi bersama..begitula.. tapi..seorang teman tiba2 mengingatkan tentang 'puisi2' yg aku tulis..
(sebenarnya bukanlah puisi bg ku..cuma itu adalah luahan hatiku..aku suka menulis apa yg ku rasa sejak kecil lg..semasa belasan tahun ku akif menulis bg menenangkan jiwa..)

lalu, selepas membuka fail2 lama..aku memutuskan untuk update blog ini dgn 'luahan2 hatiku yang sudah berusia sedekad itu..

setiap luahan hatiku itu ada ceritanya..kali ni aku nak berkongsi luahan hati ku yg pertama..

Tajuknya 'KERUSI KAYU TUA..' luahan hati ini aku buat khusus buat arwah atuk ku..ku agak rapat dgn atuk semasa kecil..atuk gemar membawaku berjalan sekitar kampung..ronda2 dgn motor tua nya..aku suka..apatah lagi duduk di raga depan..teman datuk memetik petai..atuk yg selalu menemani ku sekiranya ku ingin mkn rambutan..waktu kecil aku mmg suka panjat pokok..mkn buah diatas dan cmpak kulitnya di bawah..hanya atuk yg saba melayan kerenahku yg masih belum bersekolah waktu itu..tapi bermanja dgn datuk tidaklah lama..tidak silap, umurku 5 @ 6 tahun atuk meninggal..tapi aku tak pernah lupakan atuk..jadi setiap kali pulang beraya ke kampung, pastinya aku akan merindui atuk..

Luahan hati ku dibawah ini aku tulis pada 05/05/02, 5PM sewaktu usia aku 17tahun..entah mengapa aku sgt merindui atuk ku ketika itu walaupun atuk telah pergi lebih sedekad..aku tahu mengapa..ini kerana atuk sentiasa hidup di dalam hatiku..

~~~* KERUSI KAYU TUA *~~~

Dahulu,
Kerusi kayu tua milik datuk
letaknya disitu
sudut rumah dibalik jendela..

Dahulu,
Kerusi kayu tua milik datuk
berpenghuni duduknya
merenung setia diluar jendela..

Dahulu,
Kerusi kayu tua milik datuk
setia berpenghuni ketuanan yang sama
mengolah memori suka dan hiba..

Sekarang,
Kerusi kayu tua milik datuk
tidak berpenghuni lagi
hanya debu yang setia mengisi waktu
menemani jendela terkatup kaku
meninggalkan memori semalam
terpalit hiba bersama kecewa
kerusi kayu tua milik datuk
hanya tinggal nama
menangisi datuk yang telah TIADA ..

(saya sayang dan merindui datuk..AL-FATIHAH)


-Nor Aziha Shahriman-


*Attention*
U may share but please do not copying without permission ..tq ..