31 Mei, 2012

Tudung & Baju Murah-Murah

Hi Kawan2.. saya baru update brg baru kt blog ni : http://missblackandwhitecloset.blogspot.com/ 
semua brg ni mmg murah (dr harga  RM 10 Dan Kurang dari RM 30 ) dan berkualiti..kalau ada masa sila lah datang jenguk .. :)

antara tudung yang saya upload mcm ni :

Tudung Denim
Shawl 2 tone



Shawl 1 tone



 









Kain Lace 






























Tops

14 Mei, 2012

MELAYU Usah Jadi BODOH~!

MELAYU Usah Jadi BODOH..
Ada Orang Suka Tengok Kita Bergaduh..

Bila Sudah Berpecah-Belah..
Senang Mereka Nak Mencelah..

Jaga-Jaga Bangsaku..
Jangan Nanti Menangis Tiada Lagu..

Biar Apa Fahamanmu..
Kamu Tetap Bangsa Melayu..

Kesamaan Kita Bukan Sekadar Bangsa dan Bahasa..
Tapi Kita Kongsi Mazhab Agama Yang Serupa..

Bersatu Teguh Bercerai Roboh..
Itu Pegangan Kepada Yang Bukan Bodoh..

Tanah Tumpah Darahku Bumi Malaysia..
Adakah Kau Mahu Jadikannya Sia-Sia..

Takkan Kau Lupa Sejarah Dulu..
Atau Sudah Kau Jual Bersama Harga Dirimu..

Buka Matamu Yang Terjaga..
Biarkan Akalmu Bekerja..

Aku Bukan Sesiapa..
Cuma Seorang Anak Bangsa..
Yang Mahu Ingatkan Pada Yang Terlupa..
Yang Tak Mahu Lihat Kita Sengsara...

- Nor Aziha Shahriman -




*Attention*
U may share but please do not copying without permission ..tq ..

11 Mei, 2012

Selamat Hari Ibu... sayang Mak....

Bila orang mula bercakap tentang Sambutan Hari Ibu.. Adakah maksudnya hanya hari tu je kita sayang dan layan dgn istimewa Mak @ Ibu @ Ummi ..Betul ke macam tu? Tepuk dada tanya diri sendiri..

Tapi, ada kebaikan Sambutan Hari Ibu ni dibuat..bagi yang terlupa atau dah lama rasa2nya tak berbuat baik dgn ibu sendiri..mungkin inilah masa sesuai..

Kekadang sesetengah dari kita mungkin pernah merungut bila Ibu panggil kita tolong dia buat kerja..tapi mesti Ibu kita dulu tak merungut masa bawa kita dlm perut memboyot..pergi kerja..pergi toilet sampai tidur pn Ibu kita bawa (walaupun IBU tidur tak selesa sangat,Ibu tak merungut)

Sesetengah dari kita mungkin pernah cakap dengan kasar dengan Ibu..tapi rasanya manalah kita ingat kan mcm mana gembira Ibu kita dukung kita bila lepas dia lahirkan kita..betapa bersinarnya mata Ibu kita bila anak dia kandung 9 bulan selamat lahir..kita takkan pernah tahu ni sbb buat apela ingat sbb kita kecik lagi mana ingat pun..betul kan..?

Kadang-kadang bila kita buat muka pada Ibu kita..Ibu terasa hati dan terluka tapi Ibu Tetap Ibu.. Ibu hanya diam dan simpan dalam hati..(Kasihan Ibu). tapi,  ..Kita mesti takkan ingat dan tahu macam mana sakit Ibu kita masa tengah teran mcm nak mati nak lahirkan kita masa bersalin dulu kan? Kalau Ibu kita merungut atau berputus-asa mungkin kita pn takde hari ni..

Kasihan Ibu kita..sebab kita dalam diam dah sakitkan hati Ibu..tapi Ibu asyik maafkan anak2 nya ..sebab Ibu Tetap Seorang Ibu..

Sempena Hari Ibu..saya ingatkan diri sendiri dan nak ingatkan yang lain..agar tak lukakan perasaan Ibu sendiri..

Hilang kawan boleh ganti dicari ganti.. Hilang IBU??? Kita TAK BOLEH amik Ibu orang lain jadi Ibu kita...
Hargai Ibu sementara mereka masih ada .. FIKIR-FIKIRKANLAH

Inilah Ibu saya.. SELAMAT HARI IBU...SAYA SAYANG MAK ... :)

08 Mei, 2012

Gadis itu ..

Gadis itu..

Gadis itu pencinta tegar
yang takkan kau kenal hatinya
yang takkan kau selam nuraninya
kerna dia cintanya berbeza..

Gadis itu kau lihat bagaimana
mengapa hanya terlihat topengnya
jiwa sebenar rapuh nan dalam
itu jika hanya kau mampu tuk selam..

Gadis itu bukan damba dipuja
kerna dirinya seorang hamba
yang tak punya apa sebenarnya
cuma sedar yang ada pinjaman semata..

Gadis itu cintanya besar dan utuh
pasti tak mudah untuk kau sentuh
dia mencari pencintanya yang setia
kerna pasti tenggelam bagi yang tak sedia..

Gadis itu hatinya pasti satu
yang mana mungkin cintanya dua
setianya tak perlu kau ragu
kerna dia tak hanyut dek dunia..

Gadis itu penanti setia
biar tak pasti empunya siapa
dia ingin bercinta
dia ingin dicinta
kerna dia seorang pencinta
yang takkan kau tahu laharnya
yang tak pernah kau tahu hangatnya ..

Gadis itu boleh jadi sesiapa
boleh jadi dia, dia dan dia
tapi jujur tak tahu selain itu
yang sesungguhnya gadis itu adalah aku ...

-Nor Aziha Shahriman-

*Attention*
U may share but please do not copying without permission ..tq ..  

04 Mei, 2012

BERSIH SANGAT KE??

BERSIH yang diadakan baru2 ni bersih sangat ke.. Pada pandangan saya, biar bagaimana pun fahaman politik seseorang...jangan sampai 'MENGOTORKAN' maruah negara. Sangat menyedihkan bila menyaksikan majoriti peserta perhimpunan BERSIH adalah terdiri daripada masyarakat MELAYU ..Tetapi...nilai2 KEMELAYUAN itu memang TIADA sama sekali (My Chinese Boss told me this and I'm very ashamed

Anda mahu berarak menuntut keadilan?? Silakan... Tapi apa perlunya sampai membelasah Anggota Polis yang bertugas..Mereka hanya menjalankan tugas..Mereka bukan bekerja untuk Najib @ Kerajaan...Mereka bekerja untuk MASYARAKAT... Entah mana hilang kesedaran mereka?? Mungkin anggota Polis itu bukan AYAH @ ANAK @ SUAMI mereka..jadi tak mengapa mereka diperlakukan begitu.. Tidakkah mereka terpikir..anggota2 yang bertugas ini ada ISTERI @ ANAK @ KELUARGA yang menanti mereka pulang... Tapi bila susah pandai pula mereka2 ni cari polis.. buat report dan sebagainya...JANGAN KERANA NILA SETITIK HABIS SUSU SEBELANGA...

Lagi satu..apa perlunya MEROSAKKAN Harta Awam..Bukan ke mereka pun menggunakan kemudahan2 yang dirosakkan..Lagi satu..Itu ke PELAJARAN yang kita nak beri pada anak2...Biar anak-anak zaman sekarang belajar SIFAT2 TERPUJI mcm tu.. (RULES ARE MADE TO BE BROKEN...IS IT?? Patut banyak budak2 sekolah zaman sekarang makin teruk perangai..agak nya belajar dr perangai2 TAK SENONOH yang mereka nampak dan lihat) 

Sangat MALU bila orang2 luar mula mengutuk2 MALAYSIA disebabkan Orang BERSIH yang TAK BERAPA NAK BERSIH kan...Sepatutnya BERSIH itu mengambarkan sesuatu yang SUCI..IKHLAS... Tapi kalau suci & ikhlas sangat KENAPA DAPAT DUIT PERGI BERSIH?? KATA BERSIH..datanglah SEIKHLAS HATI...
(
Tolonglah sedar..dalam hidup ni jangan asyik nak jadi KAMBING HITAM orang lain je)

Tapi BERSIH memang menyusahkan...TREN @ BAS @ PUBLIC TRANSPORT semua TERGENDALA...Macam mana kalau yang Emergency?? Cuba kita bayangkan kalau FAMILY kita yang sakit kena hantar hospital berdekatan di KL Tapi tak dapat sampai sebab mereka2 ni... FIKIR2 LA SENDIRI .... JANGAN NANTI BILA SUDAH TERHANTUK BARU NAK TERNGADAH !!


BERSIH.....WHATEVER YOU DO...I DON'T CARE WHAT IS YOUR POLITICAL THINKING COZ I TOTALLY NOT INTERESTED WITH POLITICS BUT PLEASE DO IT CLEAN & PROPER !!!!!!!!!