09 November, 2011

ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W
telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid
Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua
rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada
Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada
kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah
S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua
perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan
umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini
diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan
dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah
melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh
Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan
kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara
sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah
ditolak).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku hargai setiap kata-katamu..terima kasih ^-^