27 September, 2012

10 Cara Untuk Membakar Kalori ( Tanpa Anda Sedari )


Cepat betul masa berlari kan..kejap je nak masuk hujung tahun dah..tahun depan tambah setahun lg umur..
bila umur da menambah ni..berat senang nak naik tp susah nk turun..al maklumlah bukan cam zaman student dulu..mkn byk pn tak naik pun berat bdn..sbb busy gile..aktif bergerak.. rasanya..situasi ni bukan berlaku kt aku je..rasanya rata2 org mesti perasan perubahan ni..kan.. masa zaman study dulu berat aku kalu tak 46 ke 47 je..tp skrang da 50 kg..(lantakla korang nk ckp ape..aku kn jujur..) . 

Tapi sekarang aku tgh usaha nak turunkan berat badan ni..selama ni kalau nak jaga berat badan aku selalunya pergi joging..tp lately ni aku malas nk joging tambah2 lg taman tmpat joging tu da mcm kurang safety..so da lama tak pergi joging..

Sejak tu..aku rajin jugak tengok tips2 kat alam maya ni kan..banyak sebenarnya cara untuk membakar kalori tanpa kita perasan pun terutama pada yg sibuk..ni nak share ape yg aku baca..antaranya.. 


10 Cara Untuk Membakar Kalori ( Tanpa Anda Sedari )
*all calories fact is from the article


1) Memasak
Siapa kata memasak buang masa..dengan hanya dalam 30 minit masa kita luangkan untuk memasak boleh membakar sebanyak 75 hingga 111 kalori. Mudahkan?

2) Menggosok Pakaian
Dengan hanya menggosok pakaian selama setengah jam..senang2 je da leh bakar sebanyak 76.5 kalori. Rajin2 la gosok baju pasni eh..

3) Mengemas Rumah
Membersihkan rumah seperti menyapu dan mengelap mungkin bukan kesukaan sesetengah orang sebab tak suka habuk kan..tp aktiviti ni boleh membakar sehingga 80 kalori..bukan je rumah jd bersih tp bakar kalori..berbaloi sungguh .. ^-^

4) Melipat Pakaian
Ini mungkin tak ramai perasan..even melipat pakaian yg dah kering dari ampaian pun boleh membantu membakar sebanyak 72 kalori.



5) Vakuum Rumah
Pada yg sibuk..aktviti ni boleh dilakukan hujung minggu..Vakuum la rumah sampai berpeluh..30 minit guna vacuum leh bakar 90 kalori..lagi pun masa memvakuum..sedar tak sedar kita dah buat stretching ..1..2..3...

6) Berkebun & Memotong Rumput
Berita baik pada yg suka membelek2 pokok2 di halaman sendiri ye..especially yg guna mesin rumput tu..boleh membakar sehingga 324 kalori dlm masa setengah jam.. ha! lepas ni kalau rajin bolehla tolong mesin rumput rumah jiran sekali ..hikhikhik..

7) Cuci Pinggan Mangkuk
Pada sesape yg terasa malas mncuci pinggan mangkuk tu ni motivasi untuk anda..ingatla dlm kepala : 
30 minit = 160 kalori ... :)

8) Online
Wah online pun boleh bakar kalori.. tahu tak sekiranya anda meluangkan masa selama 30 minit untuk chatting, hantar email atau menulis (tanpa mengunyah junk food ok..) anda berjaya membakar 41 hingga 61 kalori. Pada yang bekerja di pejabat yang memerlukan menaip secara berterusan..anda telah membakar 650 hingga 970 kalori setiap hari .. (cuma kalau boleh kurang2 la habit asek nak mengunyah kn..aih..ni yg susah ni..)


9) Shopping Barangan Rumah
Tahu tak..dalam masa anda shopping kt mana2 pasaraya dengan menolak troli  boleh membakar sehingga 243 kalori.. Jom Shopping....!!


 10) Tidur
Wah..ni sesapa kalau tengok ni mesti suka..leh tido lelama..ops...bukan eh.. tidur selama 8jam pd waktu mlm je..tidur berkualiti selama 8jam pd waktu mlm membantu membakar sehingga 360 kalori ..ok..aku tido awal mlm ni ..

THE END ..

1 ulasan:

aku hargai setiap kata-katamu..terima kasih ^-^