Lately ni..mood tak bagus sgt..kerap menangis pn tak bagus kan..mata sembap..well..life must goes on.. arini nak share buat homemade mask..senang sangat..paling penting bahan semulajadi.. ^-^
+
Bahan-bahan:
1 Sudu besar Aloe Vera
1 Sudu besar Madu
Cara-cara:
Campurkan 2 bahan ni dalam mangkuk..kacau2 sampai sekata la..dan biarkan seketika selama 10 minit (bagi bahan2 tu sebati antara satu sama lain..)
Kemudian sapu pada muka dan leher atau belakang badan pun boleh..dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas hingga bersih dengan air suam..
Kebaikan:
Masker ini sangat mudah dibuat dan digunakan. Ianya membantu melegakan kulit anda sambil membantu melawan jerawat. Masker ini sangat membantu terutama pada sesapa yang mengalami gatal2, kulit kemerahan atau jerawat.
Aloe vera secara amnya dapat membantu mengurangkan kesan sunburn pada kulit. Selain tu, banyak syarikat kosmetik menggunakan aloe vera dlm produk mereka kerana ianya dapat mengurangkan iritasi yg disebabkan oleh jerawat.
Manakala Madu pula mempunyai peranan sebagai anti-bakteria dan anti-oksida semulajadi. Madu mampu melawan jangkitan bakteria yg menyebabkan jerawat tanpa memberi kesan iritasi pada kulit. Madu juga menarik keluar kotoran2 dari liang kulit yg tersumbat. Ia turut membantu menjaga tekstur kuit dan mengurangkan kesan kerosakan yg diakibatkan oleh cahaya matahari dan persekitaran.
ok kawan2 selamat mencuba ..
sangat tertarik dengan salah satu Chinese Proverb yg berbunyi begini..
" Tiada Perempuan Yang Hodoh di Dunia ini Melainkan Perempuan Malas Sahaja "
Ok see U next time..take care~! ^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
aku hargai setiap kata-katamu..terima kasih ^-^