14 Mei, 2012

MELAYU Usah Jadi BODOH~!

MELAYU Usah Jadi BODOH..
Ada Orang Suka Tengok Kita Bergaduh..

Bila Sudah Berpecah-Belah..
Senang Mereka Nak Mencelah..

Jaga-Jaga Bangsaku..
Jangan Nanti Menangis Tiada Lagu..

Biar Apa Fahamanmu..
Kamu Tetap Bangsa Melayu..

Kesamaan Kita Bukan Sekadar Bangsa dan Bahasa..
Tapi Kita Kongsi Mazhab Agama Yang Serupa..

Bersatu Teguh Bercerai Roboh..
Itu Pegangan Kepada Yang Bukan Bodoh..

Tanah Tumpah Darahku Bumi Malaysia..
Adakah Kau Mahu Jadikannya Sia-Sia..

Takkan Kau Lupa Sejarah Dulu..
Atau Sudah Kau Jual Bersama Harga Dirimu..

Buka Matamu Yang Terjaga..
Biarkan Akalmu Bekerja..

Aku Bukan Sesiapa..
Cuma Seorang Anak Bangsa..
Yang Mahu Ingatkan Pada Yang Terlupa..
Yang Tak Mahu Lihat Kita Sengsara...

- Nor Aziha Shahriman -




*Attention*
U may share but please do not copying without permission ..tq ..

2 ulasan:

aku hargai setiap kata-katamu..terima kasih ^-^