11 Mei, 2012

Selamat Hari Ibu... sayang Mak....

Bila orang mula bercakap tentang Sambutan Hari Ibu.. Adakah maksudnya hanya hari tu je kita sayang dan layan dgn istimewa Mak @ Ibu @ Ummi ..Betul ke macam tu? Tepuk dada tanya diri sendiri..

Tapi, ada kebaikan Sambutan Hari Ibu ni dibuat..bagi yang terlupa atau dah lama rasa2nya tak berbuat baik dgn ibu sendiri..mungkin inilah masa sesuai..

Kekadang sesetengah dari kita mungkin pernah merungut bila Ibu panggil kita tolong dia buat kerja..tapi mesti Ibu kita dulu tak merungut masa bawa kita dlm perut memboyot..pergi kerja..pergi toilet sampai tidur pn Ibu kita bawa (walaupun IBU tidur tak selesa sangat,Ibu tak merungut)

Sesetengah dari kita mungkin pernah cakap dengan kasar dengan Ibu..tapi rasanya manalah kita ingat kan mcm mana gembira Ibu kita dukung kita bila lepas dia lahirkan kita..betapa bersinarnya mata Ibu kita bila anak dia kandung 9 bulan selamat lahir..kita takkan pernah tahu ni sbb buat apela ingat sbb kita kecik lagi mana ingat pun..betul kan..?

Kadang-kadang bila kita buat muka pada Ibu kita..Ibu terasa hati dan terluka tapi Ibu Tetap Ibu.. Ibu hanya diam dan simpan dalam hati..(Kasihan Ibu). tapi,  ..Kita mesti takkan ingat dan tahu macam mana sakit Ibu kita masa tengah teran mcm nak mati nak lahirkan kita masa bersalin dulu kan? Kalau Ibu kita merungut atau berputus-asa mungkin kita pn takde hari ni..

Kasihan Ibu kita..sebab kita dalam diam dah sakitkan hati Ibu..tapi Ibu asyik maafkan anak2 nya ..sebab Ibu Tetap Seorang Ibu..

Sempena Hari Ibu..saya ingatkan diri sendiri dan nak ingatkan yang lain..agar tak lukakan perasaan Ibu sendiri..

Hilang kawan boleh ganti dicari ganti.. Hilang IBU??? Kita TAK BOLEH amik Ibu orang lain jadi Ibu kita...
Hargai Ibu sementara mereka masih ada .. FIKIR-FIKIRKANLAH

Inilah Ibu saya.. SELAMAT HARI IBU...SAYA SAYANG MAK ... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku hargai setiap kata-katamu..terima kasih ^-^