12 Ogos, 2013

Rawan~


Bila hujan membasahi bumi..
Itu bagai tangis sendiri..
Berdiri longlai bagai sehelai..
Hati yang rawan sudah cendawan..
Seperti tak pernah berteman..
Maafkan aku wahai hati..
Ku tahu kau tegar cekal..
Harapnya kau begitu kan kekal..

Manusia lumrahnya mahu semua..
Tapi hei ini cuma dunia..
Apa kau punya, dia tak ada..
Apa dia ada kau tak rasa..
Apa yang ku mahu..
Tiada apa yang percuma..
Semuanya ada harga..

Kekadang aku lelah
Bukan kerana dunia..
Tapi lakonan manusia..
Ingin ku bersandar sesaat cuma..
Yang jelas ku tak punya apa..
Hanya kertas penemanku..
Biar koyak ia tetap disitu..
Ku pernah menyayangi..
Namun lebih baik tersimpan..
Inginku teruskan perjalanan..
Tapi nyata tak ternampak cahaya
Keyakinan sedikit goyah..
Jadi perlu diterus..
atau dibiar melencong..
Namun ketidakpastian itu seperti mutlak kini..
Biarpun jalan itu sangat ku kenali dulu..

Kaki kekadang ingin berhenti..
Tapi entah mana perhentian..
Ku harap Tuhan menemani..
Pada tiap langkahan ini..
Walau sedar ku cuma hamba..
Disisi-Nya yang Abadi...

5 ulasan:

  1. patut ar hujan.. haha.. template baru tu.. :p

    BalasPadam
  2. Nice! Puitis sungguh..hehe. Btw jemput singgah blog perempuankampungmoden.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Salam sis. Nak tanya, bekas bedak ronasutra sis ada banyak tak? Boleh tak klu sy nk beli? Boleh bg contact no x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam..maaf lmbat reply..saya ada..byk ke sis nak?

      Padam
    2. Email je kalu nk icycoldsummer@yahoo.com.. @ add fb e-ha shahriman.. Leh pm no fon..tq..

      Padam

aku hargai setiap kata-katamu..terima kasih ^-^