15 Disember, 2011

Di mata Kau ..

Di mata Kau ..

Di mata kau
Cinta itu gadis seksi
Tubuh montok berisi
Yang buat kau berpaling lebih sekali ..

Di mata kau
Cinta itu milik berdua dengan si dia
Memadu asmara di pentas dunia
Yang pasti cuma sementara ..

Di mata kau
Cinta itu cuma ada kau dan dia
Yang itu kau lupa
Pada Pencipta manusia
Yang itu kau alpa
Pada Pencipta cinta ..

Di mata kau
Gadis litup itu kolot
Gadis bertudung itu kalut
Akalmu ternyata seperti lutut ..

Di mata kau
Masa itu seperti tak berpenghujung
Seperti remaja mengejar cinta yang konon agung
Yang kekadang buat kau merengek seperti anak kecil
Tapi itu bukan lesen untuk kau tak dijemput Izrail ..

Di mata kau
Muda itu hidup
Tua itu mati
Mazhabmu memang telangkup
Kerna sememangnya kau sedari
Lahad itu tersedia menanti ..

Di mata kau
Apa yang kau baca saat ini
Tak lebih dari permainan kata-kata
Dari seseorang yang bukanlah sesiapa ..


-Nor Aziha Shahriman-

*Attention*
U may share but please do not copying without permission ..tq ..

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku hargai setiap kata-katamu..terima kasih ^-^